Susu adalah keperluan asas yang ramai anak-anak Malaysia masih kekurangan. Kekurangan nutrisi ini boleh mengakibatkan masalah kesihatan jangka panjang dan merosakkan masa depan generasi muda kita.
Sumbangkan Susu,
Sempurnakan Kehidupan
Dengan sumbangan kecil, anda dapat memberikan impak besar kepada mereka yang memerlukan. Mari bersama kami dalam membangun masa depan yang lebih baik untuk semua kanak-kanak.
Susu adalah sumber protein utama yang membentuk tubuh badan yang sihat. Ketika kita lahir, kita diberi minum susu. Dalam Islam pula, ibu susuan diberi mandat yang besar seakan menjadi ibu kandung kita. Selain susu ibu, susu haiwan ternakan seperti lembu juga disebutkan kebaikannya di dalam Quran. Firman allah SWT,
وَإِنَّ لَكُمْ فِي الْأَنْعَامِ لَعِبْرَةً نُسْقِيكُمْ مِمَّا فِي بُطُونِهِ مِنْ بَيْنِ فَرْثٍ وَدَمٍ لَبَنًا خَالِصًا سَائِغًا لِلشَّارِبِينَ
Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu, kamu beroleh pelajaran yang mendatangkan iktibar. Kami beri minum kepada kamu daripada apa yang terhasil dari dalam perutnya, yang lahir daripada antara hampas makanan dengan darah; (iaitu) susu yang bersih, yang mudah diminum, lagi sedap rasanya bagi orang-orang yang meminumnya.
[Surah al-Nahl : 66]
Dapat kita lihat betapa agama Islam mengangkat susu sebagai minuman yang baik melalui Abdullah bin Abbas R.Anhuma, katanya bahawa Nabi SAW bersabda :
مَا أَعْلَمُ شَرَابًا يُجْزِئُ عَنِ الطَّعَامِ غَيْرَ اللَّبَنِ، فَمَنْ شَرِبَهُ مِنْكُمْ فَلْيَقُلْ : اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيهِ وَزِدْنَا مِنْهُ، وَمَنْ طَعِمَ طَعَامًا فَلْيَقُلْ : اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيهِ وَأَطْعِمْنَا خَيْرًا مِنْهُ
Tidak aku ketahui satu minuman yang dapat menggantikan makanan selain daripada susu. Sesiapa dalam kalangan kamu yang minum susu, hendaklah dia mengucapkan : ‘Allahumma barik lana fihi wazidna minhu’ (Ya Allah berkatilah kami dengan apa yang ada di dalamnya dan tambahkan buat kami daripadanya), manakala sesiapa yang makan makanan, hendaklah dia mengucapkan : ‘Allahumma barik lana fihi wa at’imna khairan minhu’ (Ya Allah berkatilah kami dengan apa yang ada di dalamnya dan berilah kami makanan yang lebih baik daripadanya)
[Sahih Muslim]
Kenapa Susu Penting?
Susu penting kerana ia kaya dengan kalsium, protein berkualiti tinggi, vitamin, dan mineral seperti vitamin D dan magnesium, yang menyokong pertumbuhan tulang, otot, dan gigi yang sihat. Ia juga membantu meningkatkan sistem imun, dan menyokong pertumbuhan kanak-kanak
Bagaimana Membantu?
Hanya dengan RM10, anda boleh memastikan 4 kotak susu sampai ke tangan mereka yang paling memerlukan. Setiap sumbangan anda adalah tanda kasih sayang dan komitmen untuk membantu anak-anak Malaysia mendapatkan nutrisi yang sepatutnya.
ANDA Boleh Membantu
Dengan RM10, anda boleh menyumbang 4 kotak susu UHT kepada keluarga memerlukan di seluruh Malaysia. RM8 adalah harga susu (RM2 setiap kotak) dan RM2 untuk pengagihan oleh NGO kami.